Selasa, 19 Jun 2012

PILU


Kadangkala aku bangga bila kawan-kawan aku cakap aku kental
Aku penyabar
Aku tabah

****************************

Memang aku suka tunjuk diri aku macam tu.
orang tengok aku gembira walau sebenarnya aku ada masalah.
Luar je gembira, bergelak ketawa.

Tapi dalam hati, hanya aku dan Dia saja yang tau.

Apa yang bersarang dalam hati ni.
Apa masalah yang dihadapi.
Macammana nak berfikir dengan rasioanal
Siapa yang aku terpikir dalam hati..

***********************

Sedih aku, duka aku, biarlah hati aku je yang kisahkan.
Aku tak suka berkongsi duka sesuka hati.
Takut orang kata meraih kasih, perhaps!

Ye. Jiwa aku tengah lara sekarang.
Hati aku sarat menderita.

Tak henti henti aku berdoa, semoga Dia permudahkan apa jua urusanku, masalahku, lembutkan hatiku, tenangkan jiwaku..

Isnin, 18 Jun 2012

NOTES. #1

Bismillahirrahmanirahim..


"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak
 menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.."

Isnin, 11 Jun 2012

Spaggeti Sesedap Rasa.

Assalamualaikum…

Rajin pulak aku update blog lately kan? Padahal tengah final exam..haha! ini la namanya release tension…
Ok, entry pasal makanan. Makanan ni boleh jumpa kat mana-mana je tapi aku nak cerita yang ada dalam café kolej aku.

Spageti.

Tau tak spagetti tu apa? Alaa, yang mee berkuah tu..Actually aku jarang makan spaghetti. In fact, kalau kakak-kakak buat kat rumah pun, aku tak makan. Pasai apa? Pasai dia daging. And aku expect, ramuan kuah dia dalam tu semua daging. For the information, saya tak makan daging. Hehehe..
Tapi masa sem 4 kalau tak silap, apehal entah boleh plak aku tiba-tiba selera tengok ada orang tu makan spaghetti kat kolej. Then aku tanya la abang café tu, kuah dia ayam or daging. Abang tu kata, “ayam dik..”. Haa apelagi, berdesuppp aku order. Kehkehkeh..

Sekali dah makan, serius sedap. *budak baru belajar makan memang macam ni…sobs*.
Nah nah…cik syieda aza bagi tengok gambar je ok? Heee…Selamat Menikmati…J

Spaggeti baru sampai. mehmeh.

kacau kacau sikit~

Taraa..licin ! hahaha,


Khamis, 7 Jun 2012

Final Exam tru Final Sem.

Bismillahirahmanirahim....


Hopefully, this time gonna be my last exam at Northern University of Malaysia...

wish me k..:) 

6hb 6 - 26 hb 6..


so, test dah habis, assignment dah habis, interview pun dah habis..

and now, get ready for the war !!!~


bye !

Jumaat, 1 Jun 2012

Steambot Kangar jommm~

Assalamualaikum...


Entry pasal twitter. Hang out dgn Geng2 Twitter yg terdekat jela. Kami tak mampu nak plan buat Twtup besar besaran. So dapat hang out sesama sendiri ok la kann..


Kami berlima..Izyan Husna, Efyfot, Kilah dan Anep decide la nak pergi makan steambot kat Kangar. Nama kedai tu Embun Beringin. Makan sampai puas, sampai kenyang, boleh tambah tapi bayar Rm10.00 je seorang. Berasap la kami ni ha makan steambot tu, nak rebus, nak bakar, then sambil gelak2, kenakn orang tu, kenakan orang ni..oh lupa, before that, pergi karok dulu. Biar nyanyi puas-puas sebelum melantak. Dah kenyang, baru masing masing puas. Balik dari steambot, bergambar pulak depan Istana Arau. haa, beraksi la korang ye. Nasib baik tak kena halau..huhu~ Thanks korang sebab jadi rakan alam maya aku yg sangat sempoi...:)







Hoiii...hitam dah haa kuali steambot









Jumaat, 20 April 2012

Sawadikapp THAILAND !

Assalamualaikum...:)

ok, even tajuk entry pakai sawadikap, I tetap nak bagi salam u'olll~ On my last entry cakap pasai trip Langkawi kan..now, kita seberang Malaysia sat..kita pergi Thailand..hoyeahh~

Hujung bulan 3, kami 1 geng join trip member UUM ni..pergi Hatyai and Songkla, Thailand. Yela, dah alang2 belajar sampai Kedah ni, duk dekat sempadan, sebelah je dengan jabatan imigrisen bukit Kayu Hitam, rasa macam WAJIB HARUS pulak nak pergi sana.. bila lagi nak dapat peluang camni, ye dakk..nak pergi sendiri, entah bila..ikut pakej, murah sikit kan..


Kami pergi 1 hari je, buat pasport pun, group yang sehari punya..UUM - pintu masuk Sempadan Thailand around 15-20 minit je naik bus..ha, dekat kan? kira kalau orang bergaduh kat Thailand tu pun kami dengar. *ok tipu je*.  Oh lupa, before pergi sana, kena la tukar duit Ringgit pergi ke Baht dulu kan.

banyak jugak tempat menarik kat Hatyai Songkhla ni..Kalau sampai pantai sana, wajib la haa, bergambar dengan patung duyung yang seksi meksi tu. Bandar kat sana tak la seluas and setenang bandar kat Malaysia ni. alhamdulillah..  Serius, bandar diorang quite buzy. panorama yang biasa kami tengok, naik motor bertiga. tak pakai topi keledar pulak tu...dasatttttt.





Then, shoping2 la dekat Nora Plaza. kat sini, barangan kulit banyak. then, pergi Kilang Kacang Gajus, masuk Kedai Jual Madu ORIGINAL kauu, pergi Tan Kuan Hill untuk tengok permandangan bandar Thailand dr atas. Kat sini, kami makan aiskrim kelapa. serius sedap bak hanggg. kat Malaysia tak jumpa..that why kami nak rasa..ni ha diaa....letak aiskrim dalam kumpulan isi kelapa, ada kacang, ada kentang, plus air kelapa terus.




then kami lunch dekat 1 cafe la..kira bukan warung or gerai2 biasa. sebab kami nak cari makanan yang dah sedia in 1 set. paling penting, HALAL. then, kitorang pergi tempat wajib jugak which is Pasar Sampan. Kat sini, macam2 aksi, jenis makanan, macam2 pakaian korang boleh tengok..last tempat ktorg pergi ialah Night Market. Tempat ni macam Chow Kit la, jual baju2, beg, selipar, macam2 la...tapi, BESAR GILA ok...tempat dia...sekali sesat, susah sikit la nak jumpa jalan asal..kami pun sesat jugak haritu..hahaha~










Sampai uum, around 11.30 malam...sampai2 bilik, terus pengsan....zzZZZzzzzZZZzzz.

Khamis, 22 Mac 2012

TRIP TO LANGKAWI _ PART 2

Assalamualaikum..

nahh, entry ni khas untuk sambungan entry yang lepas..hari kedua kami di langkawi..1st sekali pergi Kilang Gamat..banyak giler segala jenis ubat bermotifkan gamat ada jual....mula2 sampai, ada pakcik tu bg ceramah dulu.. aku beli apa ? ada la 2 barang ni..mana boleh bgtau..haha!~

then niat di hati nak pi Cable Car terus..tapi bila pakcik tourist guide kami ni tengok cuaca, masa tu hujan and agak berkabus.... biasanya, cable car akan stop jap beroperasi.. dalam hati kami ni, masing2 doa supaya hari cepat cerah.. rugi wooo sampai langkawi tapi tak naik cable car.. so, tukar plan, pergi la kami ke Makam Mahsuri dulu...banyak mende sejarah kami recall balik... maklumla..dah lama tinggal since tamat f5..hehe..

next, alhamdulilah cuaca molek..so boleh la pergi aik cable car..tang ni yang kami suka sekali..dapat tengok pemandangan langkawi dr atas memang awasome ! heee...
pastu naik bot lagi..pusing pulau Kilim Geology Park..Macam2 hal batu aku belajar masa ni..masuk Gua Kelawar la..yang ni tak semua pi..kami masuk je, alang2 sampai kannn..bila lagi...derrrr !~~

last but not least, shopping coklat! yang ni super duper awasome..dah la dalam kedai Haji Ismail Group tu ramai orang..masing2 bawak bakul nak beli sepukal..so agak berselisih jugak la..sempit..
aku pakai amik je..plus nak cepat sebab kami perlu kejar feri balik Kuala Perlis pukul 7..

dah balik tu, masing2 penat tak mampu berkata apa2..tido je ha dalam feri..otw balik uum pun , tido jugak dalam bus...huh! ngantuk ! ngantuk ! ngantuk !

papepun, Langkawi best..dulu ada plan nk g honeymoon kat Langkawi lepas kawin..tapi sebab dah g ni, usyar tempat lain la..hewhewhew...

ok baii..

with my rumet at telaga mahsuri

dapur rumah mahsuri


there you are..cable car !~

mari menikmati pemandangan.



eksaited dalam kabel car haa,.with una..


pusing pulau lagi dan lagi..


ada gaya turtle tak? gaya kan..

bagi ikan pari makan..nama dia Omar..

gedung coklat..^_^