Selasa, 3 Mei 2011

MOOD EXAM : PANDUAN ATASI SIKAP MALAS ( 1 )

Assalamualaikum…

Hye readers ! sekarang dh masuk musim final exam pun kan..ada IPTA yg dh abis exam, ada yang sedang exam tp bg U sy, kami masih belum stat exam…masih di dalam mood study week…hehe!
So, bila dh sebut study week ni, mestila kne study kan..tapi dugaan yang maha hebat ialah Encik Malas..
So, harini sy nk share beberapa tips PANDUAN ATASI SIKAP MALAS…

1.       AMALKAN DOA
·         Elok jika pelajar mengamalkan doa berikut “ Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu drpd kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan..AMIN..”

2.       INGAT MATLAMAT ANDA
·         Pakar motivasi dr Amerika S iaitu Anthony Robbins dlm bukunya berkata, “ people  are not lazy. They simply have important goals – that is, goals that do not inspire them. “ Maksudnya, manusia tidak malas. Mereka sekadar memiliki matlamat yang mati iaitu matlamat yang tidak merangsang diri mereka. Justeru kongsikan matlamat anda bersama  dengan orang lain.

3.       10 MINIT BERHARGA
·         Katakan kepada diri anda BUKAN mahu belajar 1 jam tetapi mahu belajar 10 minit sahaja. Syaratnya, dalam  10 minit itu anda mesti berikan yang terbaik. Tumpuan anda mesti  100%.

4.       BACA BAHAN MOTIVASI
·         Selain buku pelajaran, banyakkan juga membaca buku motivasi yang mampu mencetuskan pemikiran positif. Baca artikel motivasi pendek yang boleh dicari dengan mudah di internet. Baca juga kisah kejayaan orang lain agar dapat member inspirasi kepada anda.

5.       SUSUN JADUAL BELAJAR
·         Ambil masa susun kerja anda dan buat jadual harian dan jadual belajar. Jika anda ambil masa 30 minit untuk merancang, anda boleh selamatkan 30 hari anda.


Orait..itu dia 5 tips awalan Panduan Atasi Sikap Malas…our next tips, I akan update later ok..


Pesanan untuk kawan2 and diri sendiri,  SELAMAT MERAJINKAN DIRI..babai….;)

1 ulasan: