Khamis, 17 Februari 2011

~kemenangan itu indah~

                                                                      huwarghhhh....

mata sudah ngantuk tp tetap nk update blog..jap ye encik mata, jap lagi saya tido kn awk ye~
ngantuk tahap dewa...penat pn x ilang lagi...
dengan event malam tadi, opening ceremony utk kejohanan SUKUUM...
lpas balik kejohanan, kne stay up plak utk ujian pagi esoknya...
then, klas direct smpai pkul 5..

mana nyawa x semput..

ok2..brcakap psal SUKUUM tuh, the best part is MY LOVELY RESIDENTIAL HALL, DPP EON, berjaya menyandang gelaran JUARA KESELURUHAN..
ok, i admit, ktorg x menang bnyak anugerah lain..ada naib johan..tp tiba2 jadi juara ksleruhan...
hmm, hard to say...xde komplot ngan siapa2 pn eh even MC malam tuh memang dua-dua budak EON..
and i admit la jugak kn, stiap kali EON msuk prtndingan kt stadium tuh, mst menang..
smpaikn budak DPP lain dh mula pelik..NYAMPAH? ohh, harap2 tidak la kan..
no no no no....x baik tau~~

xpela..bebel lama2 x best jugak..kita tgk gambar jela..sekitar kemeriahan event malam trsebut..

CEKEDOUTTTT !



KONTINJEN DPP EON ! SMART AR BAJU CELORENG..hehehe


itu saya~

itu pun saya..hehe~



wei, gaya ke aksi marah kita ni ? haha~

With maskot...guess who? jeng3~~

kami malu tapi mahu....~





saya dan peace~


boring ok !~~

kami suka beraksi..yeah ! ;)

gambar blur..erkkk~

cahaya lampu stadium silau sgt !

Pengemuda : Korang memang best la ! ;)

penegmuda & maskot eon


SEMOGA DPP EON TERUS SUKSES...I LOVE DPP EON DAMN MUCH ! ;)

Isnin, 14 Februari 2011

Serik beb ! Serik......

Salam sejahtera..

Terasa nak buat entry baru la..tangan ni gatal je nak menaip kt ladtop.. Rajin la pulak kan ?!
Tapi……tak tahu la pulak nk buat entry ape.. tangan dh gatal sgt ni ! tangan utk study and salin note x rajin plak kannnn? Goshhhh!
haaa, OK ! kalau nak merepek membebel mengarut membising menyemak menyamak  cerita psal arini boleh? Kes kuliah..

Td masuk kelas PRINSIP EKONOMI.. With my BFF, IRA.. Masuk2 je, lepas punch card, dah ada budak2 lain dlam kelas tuh…kelas ni ada 100lebih students.. tapi bila masuk, dah duduk kt seat depan sekali, tgk bdak perempuan cina and melayu ni bz semacam je..kejap ke computer kt meja lecturer..kejap ke meja sndiri plak.. Lepas tuh, asyik plak die menyalin kerja.. mcm org yg kena antar assignment las minit je ! Ishh..musykil aku..biarla depa..

Tapi, bila tgk budak2 lain dalam kelas tuh, sibuk duk menyalin jugak..buzy betul ! weii, korang ni knape? Semua bukak kertas, salin ape ntah..yang baru masuk pn, trus buat buzy bukak kertas bila dah duduk..I wonder why ok !
Isshh! Memang x bole jadi ni… ha, Tanya budak belakang ni la…


Kami : eh..korang buat apa ni?
Dia : buat kuiz yang lecturer bagi tuh la.. die bagi dalam learning zone.. ada 183 soalan…Multiple Choice je..x tau eh?
Kami : ktorg x tau la plak..lecturer nak arini ke?
Dia : a’ah arini..mende ni masuk utk carrymark tau..


Krekkkkkkk! Saya pandang ira, ira pandang saya…dalam hati ni..”damn ! aiii punye la sikit soalan lecturer bagi and aku x buat 1 habuk pn lagi !”
Sepantas kilat, kertas dikeluarkan and sesi copy mengopy berjalan dengan lancarnya..hehe~
Lancar sebab budak2 lain pn sedang  syookk buat mende yang sama..plus, kebanyakkan drpd diorg, mmg ada kertas jawapan sebijik !

Nasib baik lecturer masuk lembab  lambat..boleh la saya siapkan 80% copy..lg 20%, masa lecturer mengajar..
Lagi 1, nasib baik jugak lecturer ekonomi ni baik gilerr…sempoi…die tau kitorang dlam kelas tuh masih lagi tgh mengopy..tapi die x kisah..as long as jangan obvious sgt smpai xdengar lecturer ajar..hahaha~

So, memang taubat giler la.. since balik U ni, I admit, memang x de bukak learning zone..
Hmmm, facebook bukak sangat..learning zone x bukak..padan muka aku..
Huwaaaa, bukan salah saya…kelas baru sehari.. kadang2 lecturer xde update apa2 pn..saya pun malas la nak bukak lagi..cewah3, backup diri sendiri nampak?? Ehh, haruslahhhhh..;)

Maaf Puan Faizah..tapi xpe, saya dah berjaya hantar kan? Hehe..
Lepas ni, akanku pastikan Learning zone dibuka hari2..serik weiii…
183 soalan tuh..buruk giler kertas jadinya..arrghhhhh~

So, sila jangan jadi macam saya..budak malas memang cmni..suka buat kerja last minit..aigooo~~

Ahad, 13 Februari 2011

TAK PAYAH NAK VALENTINES SGT LA...

Assalamualaikum...

hye..esok 14 Feb..Familiar kot tarikh ni dgn valentines day..
SAYA? x berminat pn nk celebrate ke, nk bg hadiah ke, coklat ke, nk wish ke..xperlu la semua tuh...
so, entry kali ni, saya nk share sikit 1 kandungan menarik mengenai VALENTINES DAY..

sebelum apa2, saya minta maaf kalau ada di antara pembaca yg biasa or pernah celebrate valentines days ni..
bukan nak tunjuk baik atau nk boikot tapi juz nk bgtau je..
ini bukan cara saya...saya x berminat...
kalau ada yang berminat utk meraikan nya, ok..go on..siapa la saya utk menghalang..

baik, mulakan entry kita...

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.


Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.


Asal-usul Hari Kekasih

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

 Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

DONE?? Look,..terigt plak ada org kata kalau x sambut Valentines Day ni TAK ROMANTIK !
please ok! perlu ke romantik di describe kan sampai perlu celebrate ?
kasih sayang hari2 x cukup ke? haishhhh...

OK KAWAN2...SEKIAN..;)


Isnin, 31 Januari 2011

~sakit itu menyakitkan~

Hello..hello…hello….....

kembali lagi anda ke dalam segmen saya…segmen Bebelku Bebelmu Jua..hahaha~
jz kidding…x tau nk tulis pasal apa entry kali ni..tp disebabkan nk update jugak blog ni, saya tulis jela apa-apa yang patut eh?
So, saya nk ckap psal penyakit..bukan penyakit serius bagai cam HIV, AIDS…bukan..
Tp penyakit demam je..

Baru2 ni, saya diserang selsema + demam + batuk + sakit tekak..ini bukan 2 hati menjadi 1 ni…ni dah jadi 4 penyakit menjadi 1…tu belum masuk pening kepala lagi..
Actually, saya memang susah sgt nk trkena penyakit mcm ni..serentak sekaligus…
Biasanya antibody kuat tapi x tau la aritu…
Maybe sebab cuaca kt sintok ni sgt panas masa tuh..serius..kulit memang rse cm nk terbakar..
Dah la cuaca panas die ikut suhu kt thailand…which means, mmg panas sungguh la kann…
Masa awal2 rse nk demam tuh, igtkan biasa2 je…mula2 sakit tekak…tp dh melarat plak..badan pn lemah giler…nk x nk, manjakan diri jela dgn berehat…

Tp nk berehat pn, nk tido malam tuh, cukup seksi seksa sebab air hidung ni dh mcm air terjun..hehehe! mengalir x henti2..mcm mana nk berehat and dptkn tido yg sempurna?
Dalam x boleh tido tuh, pkul 2, bangkit la aku dr katil, bukak almari, cari penyukat suhu badan..
Act, mende alah ni akak aku yg nurse tuh bagi…bila letak bawah lidah, biarkan 2 minit, nahhh..
39.5 darjah celcius…x ke tinggi tuh? Rumek aku ckp la..die kata dh kronik…

Dalam keadaan pasrah, baring la semula aku..dengan air mata yg dh mula mengalir..
Dalam hati, memang dh tekad, pagi esok, kena pergi jugak melawat, meninjau and merelakan diri dirawat oleh doktor di Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
Bila dah dirawat ni, aku kena terima hakikat la yang doktor akan bagi ubat..
Utk pengetahuan anda semua, sy sangat2 allergic dgn mende alah ni…

Jeng jeng jeng….

kalau la doktor tuh bagi cadbury sebanyak ni...kan besttt~

Bak kata org portugis, “sawan medicine”….and bak kata org melayu, cukup x suka la makan ubat…ha, that’s me…
Serius…memang tak suka makan ubat..pahit, kelat, payau..macam2 rasa ada..
Xde ke eh ubat yang rasa strawberry ke, nutella ke..vanilla ke…yang mnjadi favourite aku la senang ckp..hehe~
Demand la plak kan awek ni..goshhh!~

Xdela..tgk ubat kt atas ni…ni la ubat2 yang aku dapat hasil dari pemeriksaan sakit aku tuh..
Aii, sikit pnye banyak la kan ubat die…dah la tuh, macam2 warna..
Tgk, warna oren..warna pink..boleh tahan la kan..
Haa, paling x boleh tahan, tuh..yang tinggi and special dalam botol tuh..
Yang tuh ubat batuk..org lain pn tau kot, ubat batuk tersangatlah pahit, payau bagai..
Even aku dh gosok gigi pn lepas makan ubat, tetap trasa kelat2 lagi kt tekak..

I wonder why la..mcm mana penagih dadah boleh gian sgt nk makan ubat batuk tuh..
X sedap la..kalau dorg nak, aku boleh bagi free ye…bnyk lagi balance ubat batuk aku tuh..hehe~
Sedap x sedap nyahh oii…aku kena abiskan jugak..
Mana x nya..tekak mkin sakit..batuk makin teruk…x kan aku nk manjakn diri lg kan? *hmmm, trigt plak pesan n nasihat org 2 psal manja diri ni kalau sakit*……….
Pernah ada satu hari tuh, aku trpksa ponteng klas…sebab x than sgt pening kpala, batuk2..demam pn dh mncecah 40 drjah celcius…
So, aku balik bilik tghari tuh, trus mkan ubat and trus tido…
The best part is, aku x sangka la plak aku tido dr tghari tuh, sampai pagi esoknya…x pernah tido lama mcm tuh..
Memang hebat la kan penangan ubat…x sedar kot..kawan2 dtg bilik pn aku x sedar…
Mamai-mamai mcm tuh je…

Tapi ALHAMDULILLAH…selepas 3 hari demam, selsema…sembuh juga aku..Cuma dlam tempoh seminggu tuh, batuk and sakit tekak jela yang lmbat sangat nk baik..
Apa-apapn, aku bersyukur jugak walaupun ditimpa malang penyakit ni…
Org cakap, Allah syg kan kita..Dia nk kurangkan pahala kita..Dia bagi ujian pada kita..
Jadi, bersyukur la..sebab masa sakitlah, kita akan mudah ingat padanya…
Wallahualam….

So, sekian jela entry saya…x tau dh nk bebel apa..korg semua, silalah jaga kesihatan ye…
Jangan jadi cm saya..si budak degil n pemalas makan ubat..;)
So..babai…babai~~

Ahad, 23 Januari 2011

OMG ! TSUNAMI BARU..!

Hah? Apa  yang  Tsumawi  Tsunami??  Malaysia kena Tsunami lagi ke? Xde dengar2 pun kan??

Memangla xde..aku pun xde dengar..hehe! and mintak dijauhkan la..AMIN ! Actually, yang dilanda Tsunami sekarang ialah Kolej aku iaitu Dewan Penginapan Pelajar EON, UUM...

SEBAB??? MOTIFFFFFFFF???

ha, cer citee..cerr cite... Lek lu..sap kok lu ! Ok, aku cerita la eh!
Kisahnya mcm ni..dlam tempoh seminggu ni, gempak jap Eon (gempak ke?? teettttt! ) dgn perihal Tuan Pengetua baru iaitu saudara Idzwan Yaacob..beliau ni bekas student UUM jgk..then, bekerja kt UUM and sambung study pn kt sini jugak..kira betul2 kayu anak jati UUM la kan...

Plus, dia ni anggota kumpulan nasyid Firdaus..kalau korang dgr lagu nasyid jugak, korang tau la kan..ishh, x kan kenal Kurt Kobain je kot !~ ada lagi la membe2 Firdaus yang lain berkhidmat utk kolej lain..btw, semua ahli Firdaus ex-UUM...

Then, perihal pengetua ni jadi best bila beliau sporting habis, xde la nk skema bagai kan ! siyes ! x tipu~! Create page pengetua sendiri kt Fesbuk, sudi approve if student add as friend, main balas2 komen dgn students, sempoi je, happy go lucky jgk, mrendah diri..kira best la !
Tambah2, beliau SINGLE and MUDA lagi..KACAK plak tuh..ensem deyy pengetua aku ! haa, goyah x goyah jiwa remaja budak2 pempuan eon dapat pengetua baru ni..kecuali aku la ! aku tgk cm2 je ! konon ! hahaha~

Td ada sesi roadshow bersama pengetua..  eh NO! PENGEMUDA..dia muda lagi kan?

Aku tgk masing2 yang ladies, kemain la panjangkan leher nk tgk pengemuda kacak..memang la, before dah biasa tgk dia, masa buat show ke, masa zaman die jadi felo ke, tapi bila dh jadi pengemuda ni, jwatan lebih tinggi, market pn tinggi la kan orang kata..
Dia berucap, dia jawab soalan, interact ngan ktorang, kira best la! X sombong..x serius..apa2 permintaan, die consider..as long as projek DPP still on, ramai yang join and the most thing is kekalkan kemenangan DPP Terbaik..( kolej aku terbaik woo..bangga ! hehe..) Haa, tu la harapan beliau td..

Pastu baru2 ni pengemuda join budak2 laki tgk bola kt blok..siap bawak mkanan ringan lagi..pasni dia cakap, nk beli layar skrin besar tuh..utk budak lelaki tgk bola ramai2..baru puas hati katanya...utk perempuan pulak, hmmm...ntah, x tau! Adesss...

Ni yang best ni dapat pengetua mcm ni..no wonder la lately tsunami pengemuda baru ni kuat sangat melanda..Mawi pn kalah kot ! errkkk, sorry mawi~
Oh! Lagi 1..kt page pengetua tuh, beliau siap upload video ucapan pengarah/pelakon terkenal Ahmad Idham utk student DPP EON....hah? x kenal ahmad idham?? Tipula tuh...nampak sangat nk kelentong..hehe!~

Then nanti, en.idzwan akan bawa ahmad idham mai EON..fuyoohh! adnan sempit wooo...di mana ada kemahuan, di situ ada highway..;) ha kan? Kan? Kan?

Pastu pengemuda nk belanja makan2, minum petang kt cafe..nk berkenalan ngan anak2 beliau ni..walaupn dia x kawin lagi kan and of coz la xde anak lagi! Aiyoo! Ammakk ! Kalo dah kawin baru la ada anak! Haiyaaaa...*kecuali kes2 lain yang terperinci ya..harap maklum* hehe!

So, x tau la sampai bila demam tsunami pengemuda baru ni akan berakhir..kalau x berakhir pn xpe, ok what ! makin femes la dia..budak2 DPP lain pn jeles wooo pengemuda kitaorg sporting gila ni..
Permulaan sem yang baik utk peneraju utama kolej ni..hopefully, beliau sentiasa ok la..kekalkn sikap sporting tuh..ktorg pn sronok, senang hati kannnnnn......*ceh, pdhal senang hati tgk muka dia yang cute tuh..lalala*!

Orait..itu sahaja..kalau korang nak tgk pengemuda aku, boleh search kt FB k page die..page Pengetua DPP EON UUM...cehh, sempat lagi promote kan?
Oopppsss, sorry..kata Tsunami..haruslah promote..;)

Ok la..saya dah x tau nak bebel apa lagi..sekian..terima kasih...En Karam singh walia nk berucap pulak tuh...........silakan~

Selasa, 18 Januari 2011

Baru OK~

Assalamualaikum....;)

Warghhh...sangat lama ye dah x update blog..bukan x nak tapi dah memang x nak la! Hahaha..ngeng~!
Xde la..sebab baru balik kampus ni, means baru ada line cun utk bkak blog..
Kt rumah line slow..tambah2 musim ujan..mmg line lembab..mcm siput oink oink daaaa...
Siput oink oink pn lg laju kot!
So, entry kali ni psal yg baru...apa yg baru?

SEMESTER BARU...welcome ya..

Skang aku dah dlam tahun 2, semester 4..
Sem ni aku amik 7sbjek bersamaan dgn 21kdt hours...paper Management Information System, Bisnes Law, Bisnes Report Writing, Marketing Management, Statistik Gunaan, Aplikasi Komputer, Prinsip Ekonomi...

Hampir semua paper kick!! Memang la tak de subjek yang senang kan dalam blaja..kalau senang, x mencabar minda la plak kan...plus, kos Bisnes admin memang asyik sgt amik 21kdt every sem...giloshhhh~!

Harap2 aku boleh bawa la..INSYAALLAH...smoga aku mampu buat yang lebih baik dan terbaik lagi berbanding sem2 lepas..AMIN!
Sem ni, konon2 azam la kan, azam tahun baru..nk gemuk la..siyess~
Kalau org lain nk kurus, aku nk gemuk...sebab tiap kali cuti, balik pahang, jmpa membe2, jmpa kawan2, saudara mara, most of them  msti akan tegur badan aku mkin krus...
Napa syida,  makin kurus? Ko terlebih study ke? Xde cafe ke kt sana?
Aigooooo~~

Bukan la...dah mkan bnyak dah...tp badan x naik2 jugak...
Metabolisma badan sy tinggi la...=_=”
No diet2! Makan je syida..asalkan kau bahagia...*erkkk, mcm la aku pernah diet sbelum ni....*
Haa..ok la..sgt x tau nk bebel apa..stakat ni, psal pembukan sem baru ni je..
Esok ada klas pagi...perlu tido awal...

Haii semangat belajar...sangat memerlukan anda sekarang...;)

“YA ALLAH..PERMUDAHKANLA SEGALA URUSAN KU DALAM MENUNTUT ILMU MU...BERKATILAH ILMU KU..JAUHKAN LA DAKU DARI SIFAT MALAS...AMIN.....”

Sabtu, 11 Disember 2010

KEPULANGAN YANG DINANTI...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..akhirnya selamat jua menjawab kesemua baki examku..


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No more study buku and slides, no more tulis note bagai..like this laa kannnnn...

lappy, buku, broadband, hanset, losyen, pen, biskut, minyak cap kapak..
Aiii, jangan suka sangat la syieda....gosshhh!!
Lega giler..sebaik je aku setel jwab paper terakhir iaitu paper keusahawanan malam tadi, bangun je dr krusi tuh, dlam hati aku ni ckp kn...*alhamdulillah...done with my last paper..*
Yess..dlam hati je bleh sbb kalo iktkan hati, nk jerit je kt dalam dewan tuh...tp mengenangkan kawan2 lain tgh menjawab lg, senyap2 jela kan...
Soalan pun boleh tahan la..syukur jugak aku dapat jawab semua...
Jawab je..betul salah x tau la..harap2 betul..
Paper esei..keusahawanan..kita goreng jela banyak2 kan..
Tapi make sure ada point la...jangan menulis smpai ke laut plak..ggrrrrrr!!!~
Haaaa...sukanya hati.....Suka hati sangat ni bkn apa tapi..tapi..tapi....
Sebab boleh balik rumah..yeahh....

>HOME SWEET HOME......

Nahhh, muka hepy sebaik shja abis exam...

beria betul muka kan?? haha..ohh mata panda saya! wateva~


Muka abis exam kot..jangan marah haaa...peace~!!
Ya allah..rindu giler dgn family..ciss, pdhal 3minggu je pn duk UUM ni...
Heyy, 3 minggu pun lama tauuu...mcm 3tahun...huhu....
Sesi mengemas barang dan pembersihan bilik juga semakin aktif sejak dlam sminggu ni..
Haissshh, x padan dgn 3 paper lg...tapi nasib baik dh kemas sikit2 before...
Xdela bilik macam stor sukan kan?? Hehehe...adoii syieda, xde contoh lain ke?? Stor sukan jugak ko nk cakap...*eerrr..wateva!*
Tapi nasib barang aku xdela banyak sangat...Cuma baju2 je banyak...smpai 2 beg untuk baju smata2....perghhh syieda..goosshhh!!..
Giler la...nk wt cmne..pakaian merupakan satu keperluan dan bukan kehendak..Jenis dan warna pakaian barulah kita nyatakan sebagai kehendak...
Gossshhhh!! Die mula daa...kluar dh teori bisnes die...
Senyap syieda..senyap!! hehehe....yela..yela....=_=

And now, bilik aku dh bersih pun...cantik jgk even takde barang2..hehehe~
Cuba tengok gambar kt bawah ni...ada perbezaan tak?

SEBELUM.....
DAN SELEPAS....

Haaaaa, berbeza kan? Isshh, mstilah brbeza..apa la korang ni...nama pun sebelum dan selepas..
Itu pun tarak paham ka? Ehh, xdela..gurau...hehe!~
Eh cop!! haaa, apa? Katil aku cantik? Siyess? Aduhh, malu la plak..jangan la puji lebih2...
Bese-bese je...tapi mmg cantik pun...
Gossshhhh!! Perasan giler la kau ni syieda...
Setakat katil je, mana ada orang nk puji...hisshh, yela..FINE!!

Aduhh..sangat x sabar nk sampai kt umah...rindu ni...homesick sgt~!!
Nk lepak ngan kawan2....Nk mkn masakan mak...then, mak dh ckp aritu nk bwak makan pizza and shopping..
Napa pizza n shopping? Sbb aritu mereka smua pergi KL tanpa saya..shopping la, berkelah la...then, mkn pizza, siap MMS kt saya...ouhhh, sangat jeles masa 2....;(
Tapi xpe..pasni, rezeki berpihak kepadaku...Yeahhh...mak, tmbh lg satu...jadi x kita nk g bercuti?? Jom la..jom la....^_^

Ok, dah x tau nak merepek apa...yang pasti, seluruh jiwa aku dah ada kat Kg. Paloh Hinai, Pekan..PAHANG..kalau aku terus merepek kang, korang bosan plak kan...
Tapi, padan muka..sapa suh korang baca entry aku ni..! hahaha..
Gurau2 jela..no heart feelings ok..baca jela...
terima kasih sbb sudi dgr saya mngarut~
selamat bercuti kepada semua yang tengah dan baru nk bercuti..
untuk membe2 yang dh nk mulakan sesi kuliah mcm UKM and UIA...
slamat blajar di semester baru ye...
gilakk...aku baru nak stat cuti, korang dh nk msuk sem baru...tapi xpela..
ok..semoga diri ini dan kalian semua akan sentiasa diberkati oleh-Nya dalam melakukan setiap perkara...insyallah...AMIN.........