Jumaat, 25 Februari 2011

~MELANCONG SAMBIL MEMBUAT TESIS...~

hai..hai..hai...

last week, saya and kawan2 la..telah pergi merayap kan diri ke Pulau Pinang..
(eh! asal ayat ko tunggang bin langgang hah aza?? erkkkk....=_=)

1st time kot saya menjelajah negeri kepulauan ni..
first impression, ok! Penang mmg megah dgn bangunan yang tinggi2..I salute~ then, jalan yang sesak giler...
apartment, kondominium,hotel2 sikit punye banyak daaa.....
mncakar langit plak tuh...ada sampai 48 tingkat..
(????)
ehh, x cukup lagi tuh bang 48 tingkat! tambah lagi la 48 tingkat! biar senak kaki orang yang duk tingkat 96 tuh naik tangga bila lif rosak..!aduyaiiiiiiiiii...
buat apa la rumah tinggi2..x kukuh tau~~
tapi yang pasti berdasarkan kajian kami sepanjang perjalanan ni, banyak rumah2 yang beso2, smpai 2-3 tingkat kt sana..
penghuninya? kaum china..

Sepanjang perjalanan masa nk ke Bukit Bendera and Batu Feringgi, ktorg tgk masjid kecil je...sebesar surau maybe..and tokong2 sebesar Megamall Kuantan..(agak2 la wei megamall..hehe)
sangat berbeza...
belum kira kuantiti yang ada...
rumah besar2, bertingkat2, mostly rumah Chinese...
rumah yang sempit2, kayu, kecil je, menyelit kt mana2 kawasan, betul2 tepi jalan yang mse tgh drive, kita boleh nampak org rumah tuh tgh buat apa sebijik-bijik, dan itu adalah rumah org melayu...

OK! saya maklum jugak la...Penang pembangkang yang pegang..kaum China plak ramai..
kadang2 rasa cam unfair plak! Eh no, kesian...especially, masjid..
sorry awal2...bukan la nak berpolitik , gedik2 nk memasukkan isu kekauman di sini tapi juz nak menceritakan...
1 Malaysia ke kita kalau orang luar tgk "pemandangan " bangunan dan "penempatan" macam ni?
Negara Islam ke negara kita kalau rumah ibadat lain yang lebih gah?

maybe saya silap..maybe area tuh je yang pemandangannya  mcm tuh..
maybe another area kt Penang yang pemandangannya sebaliknya pulak...
maaf..saya org luar..saya tak tahu...
juz penceritaan awal dalam trip yang baru bermula...

next, the same situation la bila ktorg masuk Quennsbay..rasa mcm tgh shoping kt negara China plak...
dr segi manusia, makanan hinggalah ke kedai..
hmmmmmmmm.....
nak x nak, masuk watson la cari air mineral..
masuk KFC ngan MCD la untuk makan...
~langkah selamat oarng kata..hehe~

but its ok! sebab jalan2 kat Penang memang best walaupun ktorg agak berkerut jugak la dahi dengan "pemandangan" and "suasana" kat sana....
mse kt Batu feringgi, dpat tgk driver permpuan sesama prempuan yang "bergaduh" gara2 eksiden langgar bontot kereta..
paling sadis, ktorg x dapat naik keretapi kt Bukit Bendera sebab tmpat tuh tgh upgrade..;'(
Dah berpeluang dapat merayap pi taman rama-rama, kebun bunga, Batu Feringgi, komtar, QSbay..
apa lagi snap2 pic la kan...taraaaa..hehe~






terasa ingin melancong?

 taip ON LANCONG dan hantar ke 999...anda akan dijanjikan tempat tinggal dan makanan free...heeeeee....gurau~~

Khamis, 17 Februari 2011

~kemenangan itu indah~

                                                                      huwarghhhh....

mata sudah ngantuk tp tetap nk update blog..jap ye encik mata, jap lagi saya tido kn awk ye~
ngantuk tahap dewa...penat pn x ilang lagi...
dengan event malam tadi, opening ceremony utk kejohanan SUKUUM...
lpas balik kejohanan, kne stay up plak utk ujian pagi esoknya...
then, klas direct smpai pkul 5..

mana nyawa x semput..

ok2..brcakap psal SUKUUM tuh, the best part is MY LOVELY RESIDENTIAL HALL, DPP EON, berjaya menyandang gelaran JUARA KESELURUHAN..
ok, i admit, ktorg x menang bnyak anugerah lain..ada naib johan..tp tiba2 jadi juara ksleruhan...
hmm, hard to say...xde komplot ngan siapa2 pn eh even MC malam tuh memang dua-dua budak EON..
and i admit la jugak kn, stiap kali EON msuk prtndingan kt stadium tuh, mst menang..
smpaikn budak DPP lain dh mula pelik..NYAMPAH? ohh, harap2 tidak la kan..
no no no no....x baik tau~~

xpela..bebel lama2 x best jugak..kita tgk gambar jela..sekitar kemeriahan event malam trsebut..

CEKEDOUTTTT !



KONTINJEN DPP EON ! SMART AR BAJU CELORENG..hehehe


itu saya~

itu pun saya..hehe~



wei, gaya ke aksi marah kita ni ? haha~

With maskot...guess who? jeng3~~

kami malu tapi mahu....~





saya dan peace~


boring ok !~~

kami suka beraksi..yeah ! ;)

gambar blur..erkkk~

cahaya lampu stadium silau sgt !

Pengemuda : Korang memang best la ! ;)

penegmuda & maskot eon


SEMOGA DPP EON TERUS SUKSES...I LOVE DPP EON DAMN MUCH ! ;)

Isnin, 14 Februari 2011

Serik beb ! Serik......

Salam sejahtera..

Terasa nak buat entry baru la..tangan ni gatal je nak menaip kt ladtop.. Rajin la pulak kan ?!
Tapi……tak tahu la pulak nk buat entry ape.. tangan dh gatal sgt ni ! tangan utk study and salin note x rajin plak kannnn? Goshhhh!
haaa, OK ! kalau nak merepek membebel mengarut membising menyemak menyamak  cerita psal arini boleh? Kes kuliah..

Td masuk kelas PRINSIP EKONOMI.. With my BFF, IRA.. Masuk2 je, lepas punch card, dah ada budak2 lain dlam kelas tuh…kelas ni ada 100lebih students.. tapi bila masuk, dah duduk kt seat depan sekali, tgk bdak perempuan cina and melayu ni bz semacam je..kejap ke computer kt meja lecturer..kejap ke meja sndiri plak.. Lepas tuh, asyik plak die menyalin kerja.. mcm org yg kena antar assignment las minit je ! Ishh..musykil aku..biarla depa..

Tapi, bila tgk budak2 lain dalam kelas tuh, sibuk duk menyalin jugak..buzy betul ! weii, korang ni knape? Semua bukak kertas, salin ape ntah..yang baru masuk pn, trus buat buzy bukak kertas bila dah duduk..I wonder why ok !
Isshh! Memang x bole jadi ni… ha, Tanya budak belakang ni la…


Kami : eh..korang buat apa ni?
Dia : buat kuiz yang lecturer bagi tuh la.. die bagi dalam learning zone.. ada 183 soalan…Multiple Choice je..x tau eh?
Kami : ktorg x tau la plak..lecturer nak arini ke?
Dia : a’ah arini..mende ni masuk utk carrymark tau..


Krekkkkkkk! Saya pandang ira, ira pandang saya…dalam hati ni..”damn ! aiii punye la sikit soalan lecturer bagi and aku x buat 1 habuk pn lagi !”
Sepantas kilat, kertas dikeluarkan and sesi copy mengopy berjalan dengan lancarnya..hehe~
Lancar sebab budak2 lain pn sedang  syookk buat mende yang sama..plus, kebanyakkan drpd diorg, mmg ada kertas jawapan sebijik !

Nasib baik lecturer masuk lembab  lambat..boleh la saya siapkan 80% copy..lg 20%, masa lecturer mengajar..
Lagi 1, nasib baik jugak lecturer ekonomi ni baik gilerr…sempoi…die tau kitorang dlam kelas tuh masih lagi tgh mengopy..tapi die x kisah..as long as jangan obvious sgt smpai xdengar lecturer ajar..hahaha~

So, memang taubat giler la.. since balik U ni, I admit, memang x de bukak learning zone..
Hmmm, facebook bukak sangat..learning zone x bukak..padan muka aku..
Huwaaaa, bukan salah saya…kelas baru sehari.. kadang2 lecturer xde update apa2 pn..saya pun malas la nak bukak lagi..cewah3, backup diri sendiri nampak?? Ehh, haruslahhhhh..;)

Maaf Puan Faizah..tapi xpe, saya dah berjaya hantar kan? Hehe..
Lepas ni, akanku pastikan Learning zone dibuka hari2..serik weiii…
183 soalan tuh..buruk giler kertas jadinya..arrghhhhh~

So, sila jangan jadi macam saya..budak malas memang cmni..suka buat kerja last minit..aigooo~~

Ahad, 13 Februari 2011

TAK PAYAH NAK VALENTINES SGT LA...

Assalamualaikum...

hye..esok 14 Feb..Familiar kot tarikh ni dgn valentines day..
SAYA? x berminat pn nk celebrate ke, nk bg hadiah ke, coklat ke, nk wish ke..xperlu la semua tuh...
so, entry kali ni, saya nk share sikit 1 kandungan menarik mengenai VALENTINES DAY..

sebelum apa2, saya minta maaf kalau ada di antara pembaca yg biasa or pernah celebrate valentines days ni..
bukan nak tunjuk baik atau nk boikot tapi juz nk bgtau je..
ini bukan cara saya...saya x berminat...
kalau ada yang berminat utk meraikan nya, ok..go on..siapa la saya utk menghalang..

baik, mulakan entry kita...

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.


Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.


Asal-usul Hari Kekasih

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

 Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

DONE?? Look,..terigt plak ada org kata kalau x sambut Valentines Day ni TAK ROMANTIK !
please ok! perlu ke romantik di describe kan sampai perlu celebrate ?
kasih sayang hari2 x cukup ke? haishhhh...

OK KAWAN2...SEKIAN..;)